Rabu, 9 September 2009

Gelagat adik Amar







Ini adik Amar masa kat Sport Karnival Tadika abang Amir. Dia pun sibuk nak join main games jugak. Tahun depan mama antar adik kat playgroup, boleh dapat ramai kawan ok.
Amar ni orangnya berani dan tak pemalu macam abang, apa yang dia nak dia akan dapatkan jugak walaupun benda tu kat tangan orang yang dia tak kenal. Nakal dan degil sikit. So far, anak mama yang ni melucukan dan mencuit hati.



TADIKA KIKA SERI MANJUNG



Hari ni dah genap 8 bulan abang amir pergi ke sekolah. So far dah pandai baca...Alhamdulillah..tak sia sia antar sekolah. Tahun depan 6 tahun mama ingat still nak antar kat situ jugak. Lagipun dah rapat dengan kengkawan kat situ.
Teacher Letchu, Nozi dan Diana banyak membantu. Thank you to all of you, mendidik anak bangsa sehingga berjaya.

Isnin, 24 Ogos 2009

GEMBIRA DENGAN ANAK ANAK TERSAYANG








Ini diantara gambar gambar dalam koleksiku...khusus untuk anak aku yang sulong. Anak sulong la katakan...entah berapa banyak pic yang aku ambil. Rasanya tiap tiap hari aku shot pic untuk dia..tapi takkan nak upload semua kat sini. Ini diantara koleksi kegemaranku.


TANGGAL 16 MEI 2003

Tanggal 16 Mei 2003 aku selamat diijab-kabulkan di Masjid Makmuriah Sungai Besar, Selangor. Aku sah menjadi isteri kepada jejaka pilihanku MOHD IMANUDDIN BIN AB.LLOH. Dinikahkan sendiri oleh bapaku MOHD FOAD BIN JAMALUDDIN pada jam 2.30 petang. Setelah 5 tahun bercinta mengharungi suka duka bersama dan kini telah bersatu hati. Alhamdulillah...majlis resepsi pada hari berikutnya hari Sabtu 17 Mei 2003.

IMAN seindah makna, dan setanding dengan orangnya adalah seorang yang penyabar, caring dan yang penting suara serak basahnya buat aku terpikat. Apa lagi kalau bangun tidur pagi, suaranya seakan keluar tak keluar gitu.
IMAN daku harap hubungan kita akan terus berkekalan sehingga keakhirnya. I LOVE YOU SO MUCH...Sayang..

Ahad, 23 Ogos 2009

BEZA DIANTARA ABANG DAN ADIK



Ini perbezaan antara abang dan adik. Yang gambar pertama tu abang, kedua adik. Tak banyak beza, cuma beza kat warna kulit je....biasala abang cerah sikit, adik kulit macam papa. Mana-mana pun takpe..dua dua anak mama dan papa..I LOVE BOTH OF U....

ADIK AMAR


AMBOI MASAMNYA MUKA DIA. INI MUHD AMAR ZIKRI, LAHIR PADA 18 MAC 2007 DI HOSPITAL SERI MANJUNG, PERAK. LAHIR PUKUL 9.55 MALAM. AKHIRNYA MAMA BERJAYA 3 KALI PUSH, AMAR PUN KELUAR. ALHAMDULILLAH.

ABANG AMIR




LAHIR PADA 23 FEBUARI 2004, DI KLINIK YASMIN SERI MANJUNG PADA JAM 2.30 PETANG. SAKIT DAH 3 HARI, MAMA TAK BOLEH MAKAN TAK BOLEH MINUM. SAMPAI WAKTUNYA, NAK KELUAR IKUT TINGKAP SEBAB MAMA DAH TAKDE TENAGA.


ITU DIA HERO MAMA DAN PAPA YANG SULONG. MUHD AMIR ZAKWAN SEINDAH MAKNA SETANDING DGN ORANGNYA